12 February 2011

Kursus Peningkatan Profesionalisme GKTV JPN Kelantan 2011

Unit Teknik dan Vokasional, Jabatan Pelajaran Kelantan merancang untuk mengadakan dua fasa Kursus Peningkatan Profesionalisme bagi semua Guru Kanan Teknik dan Vokasional bagi tahun 2011. Fasa pertama  kursus berkenaan telah berjaya dilaksanakan pada 10 Februari 2011 bertempat di Bilik Jubli Emas, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Seramai 68 peserta telah menghadiri kursus fasa pertama iaitu semua Guru Kanan Teknik dan Vokasional dari PPD Kuala Krai, PPD Gua Musang, PPD Pasir Puteh. PPD Tanah Merah, PPD Machang  dan PPD Jeli. Kursus turut disertai Penolong-penolong Pengarah JPN dan Penolong PPD Teknik dan Vokasional semua PPD berkenaan. Kursus berkenaan telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Adnan bin Mohd Noor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kelantan. Turut hadir ialah Pengetua SMK Sultan yahya Petra 1, Kual Krai.

Sepanjang kursus berlangsung selama satu hari suntuk, peserta mendapat input dari pegawai-pegawai JPN sendiri termasuk Ketua Unit Teknik dan Vokasional, Pn Hjh Rani bt Abd Mutalib mengenai Perancangan Stretegik Mata Pelajaran Teknikal dan Vokasional. Turut memberikan ceramah Tn Hj Rozmi bin Abd Rahim mengenai Program 5S dan Anugerah PRIME dan Tn Hj Ramli bin Dollah mengenai Pengurusan Panitia Teknikal dan Vokasional.

Pihak Unit Teknik dan Vokasional JPN dan PPD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melaksana kursus fasa pertama ini. Diharap para peserta dapat memanafaatkan input yang diterima kearah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri Kelantan khususnya dalam mata pelajaran teknikal dan vokasional.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar kursus tersebut.







2 comments:

  1. Salam Encik Ramli (maaf saya tidak tahu siapa yg mengendalikan blog ini),

    Tuan,
    Saya ialah GKTV SMU(A)Mardziah kubang Batang, ada menghadiri perjumpaan untuk GKTV 14.2.2011.

    Saya ucapkan tahniah kepada semua pegawai/guru yang menjayakan seminar/taklimat/mesyuarat dsbnya termasuklah membina blog yang bagi saya sangat-sangat memberi manfaat ini.

    Di sekolah saya hanya ada KHB (sampai tingkatan 3 saja), jadi kalau ada modul utk KHB tu sangatlah bagusnya (Pertanian).

    Tuan,
    saya ada pertanyaan yg sangat2 penting ni untuk saya gunakan nanti iaitu:
    1. sekolah menengah manakah di daerah Tumpat yg ada MPV landskap?
    2. seelok2nya sekolah itu ada pelbagai kaum.

    Info itu saya akan guna utk penulisan peraduan menulis cerpen sempena hari guru 2011.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, tq atas perkongsian maklumat, ia banyak membantu, tq

    ReplyDelete