19 March 2010

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MATA PELAJARAN TEKNIKAL NEGERI KELANTAN CEMERLANG 2010

Keputusan peperiksaan SPM 2009 bagi mata pelajaran Teknik dan Vokasional negeri Kelantan membanggakan semua pihak. Pencapaian cemerlang ini telah memberi sumbangan besar kepada pencapaian cemerlang SPM 2009 peringkat negeri Kelantan. Pengarah Pelajaran Kelantan , YaBrs Tn Hj Mohd Ghazali bin Ab Rahman semasa mengumumkan pencapaian tersebut pada 11 Mac 2010 turut mengumumkan beberapa mata pelajaran Teknikal termasuk Perdagangan, PrinsipPerakaunan,Ekonomi Asas dan Lukisan Kejuruteraan peratus kelulusannya mengatatasi peringkat nasional.

a- Perdagangan ; Kelantan 86.7 % berbanding kebangsaan 72.2%
b- Prinsip Perakaunan ; Kelantan 88.3 % berbanding kebangsaan 80.9%
c- Ekonomi Asas ; Kelantan 75.3% berbanding kebangsaan 70.3%
d- Lukisan Kejuteraan; Kelantan 91.3 % berbanding kebangsaan 88.8%

Lain- lain mata pelajaran turut meningkat melepasi peratus kebangsaan termasuk Geografi, Sejarah, Kimia, Sains, Matematik,Matematik Tambahan,Bahasa Melayu, Biologi dan Fizik.

Bagi mata pelajaran perdagangan peratus meningkat dari 84.6 % 2008 kepada 86.8% tahun 2009, pelajar yang mendapat tahap cemerlang ( A) juga meningkat dari 75 orang kepada 160 orang sementara GPK meningkat dari 7.03 kepada 6.6

Prinsip Perakaunan turut meningkat dari 86.6% kepada 88.3% tahun 2009, pelajar yang mendapat A juga meningkat iaitu 346 tahun 2008 kepada 599 tahun 2009 sementara GPK meningkat dari 5.51 kepada 5.13

Sementara mata pelajaran Ekonomi Asas meningkat dari segi GPK dari 6.98 kepada 6.94 dan pelajar yang mendapat A meningkat dari 68 orang kepada 102 orang tahun 2009.

Unit Teknik dan Vokasional JPN Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM yang mencatat kejayaan cemerlang dalam SPM 2009. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu meningkatkan kejayaan ini termasuk Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tn Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kelantan, Ketua Sektor Kaunseling dan Keutuhan, Pegawai PPD ( Teknik dan Vokasional) , Pengetua , Jurulatih Utama, Guru-guru dan semua yang terlibat memberi sumbangan atas kejayaan ini.