31 January 2010

SEMINAR PERAKAUNAN ANJURAN LCCI

Untuk makluman semua guru Prinsip Perakaunan Negeri Kelantan, Pihak LCCI Malaysia akan menganjurkan Seminar Perakaunan LCCI secara percuma , sepertimana berikut:-

Tarikh : 6 Feb 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 - 12.30 am (Sesi 1- Tahap 2 (Simpan Kira dan Akaun)
2.00 - 5.30 pm (Tahap 3 - Perakaunan)
Tempat : Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Seminar ini akan disampaikan oleh Mr Peter Richards ,Chief Examiner for Accounting Qualifications, IDE,UK .


Sehubungan dengan itu semua guru dijemput hadir ke seminar tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang LCCI.
Perbelanjaan Perjalanan dan penginapan ditanggungan sendiri oleh guru-guru. Pihak JPN Kelantan tidak mempunyai peruntukkan untuk menampung perjalanan guru-guru. Namun begitu Yuran pendaftaran adalah percuma. (keterangan lanjut sila hubungi Pn Hjh Rani , Ketua Unit Votek JPN )

14 January 2010

PROGRAM BPTV 2010 - AMALAN 5S -

SISIH
Mengasingkan barang-barang yang diperlukan dan barang-barang yang tidak diperlukan untuk dibuang

SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil dan digunakan

SAPU
Bersihkan tempat kerja dengan rapi untuk menghilangkan habuk,minyak dan kotoran dilantai,mesin dan perkakas

SERAGAM
Memulihara taraf penjagaan yang tinggi terhadap kebersihan dan penyusunan tempat kerja pada setiap masa

SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan dan membudayakan amalan penjagaan kebersihan yang terbaik