24 January 2011

Rancangan Pelajaran Tahunan Mata Pelajaran Teknikal dan Vokasional 2011

Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pelajaran Kelantan dengan bantuan jurulatih utama telah berjaya membuat penyelarasan Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) bagi tahun 2011. Tujuan utama penyelarasan RPT berkenaan ialah untuk panduan semua guru mata pelajaran teknikal dan vokasional dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah selain untuk menyelaraskan aktiviti akademik di peringkat negeri khususnya dalam pelaksanaan Ujian Pengesanan 1,2 dan 3 ( Peperiksaan Percubaan ).
Mata pelajaran berkenaan ialah Prinsip Perakaunan, Perdagangan, Ekonomi Asas, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Lukisan Kejuruteraan, Teknik Kejuruteraan, Rekacipta peringkat SPM dan Kemahiran Hidup Bersepadu ( KHB ) bagi pilihan KT,ERT,SPN dan PK ).
Pihak Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pelajaran Kelantan berharap semua guru teknik dan vokasional dapat memuat turun ( download ) RPT berkenaan untuk tindakan dan panduan dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.