15 April 2010

SEMINAR KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN NEGERI KELANTAN 2010

Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pelajaran Kelantan telah berjaya mengadakan Seminar Kecemerlangan Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Negeri Kelantan 2010. Seminar tersebut telah dihadiri 107 orang guru dan 450 orang pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan tahun 2010.
Seminar tersebut telah diadakan di tiga lokasi berasingan mengikut zon iaitu:

Zon A bertempat di Dewan Besar SMK Pengkalan Chepa 1 ( 13 April 2010 ) melibatkan sekolah 43 sekolah dalam PPD Kota Bharu, PPD Bachok dan PPD Pasir Puteh.

Zon B bertempat di Dewan Besar SMK Tiang Chandi ( 12 April 2010 ) melibatkan 37 buah sekolah dalam PPD Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat.

Zon C bertempat di SMK Pahi Kuala Krai ( 14 April 2010 ) melibatkan 27 buah sekolah dalam PPD Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Jeli

Pihak Unit Teknik dan Vokasional JPN Kelantan ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan seminar ini khususnya Ybrs Tn Hj Mohd Adnan bin Mohd Noor ( KSPA ) , JPN Kelantan, LCCI, Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, Penolong-penolong PPD Teknik dan Vokasional seluruh Kelantan, Jurulatih Utama iaitu ; En Mahzan bin Che Arshad ( SMK Seri Intan ), YM Tg Azmi bin Raja Ismail ( SMK Kandis ) , En Mohd Narzuki bin Yaacob ( SMK Dato'Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah ) , Hjh Mahiah bt Ramli ( SMK Tumpat ) , Pn Masitah bt Seman( SMK Machang ), Pn Zubaidah bt Hassan ( SMK Bukit Jawa ).

Terima kasih juga kepada Pengetua dan guru-guru di SMK Tiang Chandi Pasir Mas, SMK Pengkalan Chepa 1 dan SMK Pahi.

Semoga program ini memberi manafaat berguna kepada para guru dan pelajar Prinsip Perakaunan 2010 .