31 January 2010

SEMINAR PERAKAUNAN ANJURAN LCCI

Untuk makluman semua guru Prinsip Perakaunan Negeri Kelantan, Pihak LCCI Malaysia akan menganjurkan Seminar Perakaunan LCCI secara percuma , sepertimana berikut:-

Tarikh : 6 Feb 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 - 12.30 am (Sesi 1- Tahap 2 (Simpan Kira dan Akaun)
2.00 - 5.30 pm (Tahap 3 - Perakaunan)
Tempat : Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Seminar ini akan disampaikan oleh Mr Peter Richards ,Chief Examiner for Accounting Qualifications, IDE,UK .


Sehubungan dengan itu semua guru dijemput hadir ke seminar tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang LCCI.
Perbelanjaan Perjalanan dan penginapan ditanggungan sendiri oleh guru-guru. Pihak JPN Kelantan tidak mempunyai peruntukkan untuk menampung perjalanan guru-guru. Namun begitu Yuran pendaftaran adalah percuma. (keterangan lanjut sila hubungi Pn Hjh Rani , Ketua Unit Votek JPN )

14 January 2010

PROGRAM BPTV 2010 - AMALAN 5S -

SISIH
Mengasingkan barang-barang yang diperlukan dan barang-barang yang tidak diperlukan untuk dibuang

SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil dan digunakan

SAPU
Bersihkan tempat kerja dengan rapi untuk menghilangkan habuk,minyak dan kotoran dilantai,mesin dan perkakas

SERAGAM
Memulihara taraf penjagaan yang tinggi terhadap kebersihan dan penyusunan tempat kerja pada setiap masa

SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan dan membudayakan amalan penjagaan kebersihan yang terbaik

RPT MP VOTEK JPN Kelantan & Buku Sumber P Akaun 2010

Makluman kepada guru MP Votek JPN Kelantan

a . Unit Teknik dan Vokasional JPN Kelantan dengan kerjasama Jurulatih Utama ( JU ) mata pelajaran berkenaan telah berjaya membina Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) bagi mata pelajaran berkut :-
i. Prinsip Perakaunan
ii. Perdagangan
iii. Ekonomi Asas
iv. Sains Pertanian
v. Ekonomi Rumah Tangga
vi. Kemahiran Hidup Bersepadu ( KHB )
vii. Reka Cipta
viii. Lukisan Kejuruteraan
ix. Teknologi Kejuruteraan
x. Pengajian Kejuruteraan ( Mekanikal, Eletrik dan Awam )

RPT adalah ITEM wajib dan perlu disertakan dalam Rekod Pengajaran dan Fail Panitia peringkat sekolah.
Tuan-tuan boleh memuat turun RPT tersebut untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pendokumentasian Rekod Pengajaran dan Fail Panitia.

b . Buku Sumber Prinsip Perakaunan

Buku Sumber Prinsip Perkaunan 2010 dalam proses percetakan. Namun pihak BPTV KPM telah menyediakan bahan tersebut untuk panduan guru Prinsip Perakaunan.
Tuan puan boleh memuat turun bahan tersebut melalui blog ini...

Terima kasih