12 February 2011

Kursus Peningkatan Profesionalisme GKTV JPN Kelantan 2011

Unit Teknik dan Vokasional, Jabatan Pelajaran Kelantan merancang untuk mengadakan dua fasa Kursus Peningkatan Profesionalisme bagi semua Guru Kanan Teknik dan Vokasional bagi tahun 2011. Fasa pertama  kursus berkenaan telah berjaya dilaksanakan pada 10 Februari 2011 bertempat di Bilik Jubli Emas, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Seramai 68 peserta telah menghadiri kursus fasa pertama iaitu semua Guru Kanan Teknik dan Vokasional dari PPD Kuala Krai, PPD Gua Musang, PPD Pasir Puteh. PPD Tanah Merah, PPD Machang  dan PPD Jeli. Kursus turut disertai Penolong-penolong Pengarah JPN dan Penolong PPD Teknik dan Vokasional semua PPD berkenaan. Kursus berkenaan telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Adnan bin Mohd Noor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kelantan. Turut hadir ialah Pengetua SMK Sultan yahya Petra 1, Kual Krai.

Sepanjang kursus berlangsung selama satu hari suntuk, peserta mendapat input dari pegawai-pegawai JPN sendiri termasuk Ketua Unit Teknik dan Vokasional, Pn Hjh Rani bt Abd Mutalib mengenai Perancangan Stretegik Mata Pelajaran Teknikal dan Vokasional. Turut memberikan ceramah Tn Hj Rozmi bin Abd Rahim mengenai Program 5S dan Anugerah PRIME dan Tn Hj Ramli bin Dollah mengenai Pengurusan Panitia Teknikal dan Vokasional.

Pihak Unit Teknik dan Vokasional JPN dan PPD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melaksana kursus fasa pertama ini. Diharap para peserta dapat memanafaatkan input yang diterima kearah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri Kelantan khususnya dalam mata pelajaran teknikal dan vokasional.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar kursus tersebut.







09 February 2011

Rancangan Pelajaran Tahunan KHSR Tahun 2011

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( KHSR ) telah dijalankan mulai 1992. Mata pelajaran telah disemak semula pada tahun 2002, dimana matlamat KHSR tidak berubah dan kebanyakkan objektif mata pelajaran dikekalkan.
Jabatan Pelajaran Kelantan melalui Unit Teknik dan Vokasional telah mengambil langkah proaktif untuk menyelaraskan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan proses p&p KHSR di seluruh negeri Kelantan. Melalui beberapa siri kursus dan perbincangan maka terhasillah penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan KHSR yang berkualiti mengikut takwin persekolahan terkini.
Rancangan Pelajaran Tahunan KHSR Tahun 2012